Saturday, August 08, 2009

CATATAN KEMBARA SASTERA 2009

Pada tanggal 9 Julai 2009, Guru Kesusasteraan Melayu, MRI telah membuat perancangan untuk mengadakan satu program motivasi dan bengkel teknik menjawab soalan Kesusasteraan Melayu (KM) untuk para pelajar tingkatan 6AS. Program ini dirasakan wajar dibuat apabila mendapat tahu dua orang pelajar terbaik dari Kelas 6AS tidak berpeluang untuk mengikuti kem kecemerlangan akademik peringkat negeri.

MRI telah berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang jumlah sekolah yang mengambil subjek KM di seluruh negeri Terengganu. Data yang diperolehi amat mendukacitakan. Hanya 7 buah sekolah sahaja yang mengambil subjek KM sebagai subjek pilihan. Lima buah sekolah di sekitar Daerah Besut dan dua buah sekolah di Kemaman.

MRI telah mengemukakan cadangan untuk mengadakan program ini kepada PK Tingkatan Enam, Puan Chong Mun Wai dan PK Koku Tingkatan Enam, Encik Bahari Abdul Rahman. Sokongan dan galakan daripada mereka menyemarakkan semangat MRI, lantas membawa kepada perbincangan dengan Puan Pengetua, Hajjah Che Ku Maznah bt Che Ku Endut. Sifat prihatin yang tinggi pada puan pengetua telah menyebabkan beliau menyokong program ini diadakan.

Pada tarikh 13 Julai 2009, setelah menyiapkan kertas kerja, MRI telah menghantar surat kepada kelima-lima buah sekolah di sekitar Besut melalui faksimili. Alhamdulillah kesemua sekolah tersebut memberikan respon yang positif dan mereka akan menerima kedatangan kami dengan tangan terbuka...(bersambung...)

Saturday, August 01, 2009

KELAS CITRA SASTERA





SMK KUALA BESUT

SMK BUKIT PAYONG