Sunday, August 01, 2021
Friday, August 23, 2019
Dari Adik untuk Abangnya
Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah dipanjangkan lagi usiamu. Terima kasih ya Allah kerana sudi mempanjangkan lagi umur abangku. Sesungguhnya dialah abang yang terbaik untukku. Akan ku menyintainya sehingga ke akhir hayatku. Selamat ulangtahun kelahiran wahai abangku.
Tanpa disedari sudah hampir 7 tahun abg ada bersama adik. Semua suka duka,sedih gembira Kita dah Rasa bersama. Semoga semuanya akan terus kekal hingga ke akhirnya seperti apa Yang telah dijanjikan. Adik jgk nak ucap terima kasih atas segala perhatian abg Yang selama ni jaga adik.
slamat hari lahir…..ABG bawalah hatimu singgah sejenak di batas nurani tak ada hadirku…hanya cita,tak ada hadirmu…hanya pinta,tak ada ragaku…hanya asa,tak ada ragamu…hanya do’a seribu cita,seratus pinta,sepuluh asa,dan hanya satu do’a harapkan bentang indah cakrawala hiasi langitmu…asakan bentang indah maya pada hiasi bumimu
Buat ABANG ..
Smoga panjang umur lagi dirahmati
Semoga dimurahkan rezki lagi diberkati
Smoga hari-hari yang mendatang adalah hari-hari yang terindah buatmu..insyaAllah…
Semoga tabah mengharungi segala ujian yang Allah berikan…
Adik sentiasa disisimu…
Semoga detik-detik waktu yang berlalu
Adalah kebahagiaan yang tak hilang
Semoga dengan bertambah usiamu
Akan bertambah iman di dadamu
Selamat Hari Lahir..
Jadilah dirimu permata hati jauhari
Bercahaya gemerlapan pada insan di sisi
Kekalkan senja dengan keindahan
Jangan ada hujan membawa ke malam
Jadilah dirimu seorang hamba mengabdi
Bersyukur berzikir basah di bibir
Redha dengan setiap ketentuan takdir
Dan jadilah dirimu sendiri
Berakhlak dengan sunnah nabi
Selamat Hari Lahir..
Ikhlas dari hati ADIK
Terima kasih atas setiap kebaikan
Jutaan penghargaan atas kebesaran jiwa yang abg hamparkan
Moga Allah memberi ganjaran
Syukurku pada Tuhan atas pertemuan
Moga ukhwah akan berkekalan
Maafkan diri ini yang serba kekurangan
Yang tak sunyi melakukan kesilapan
Selamat Hari Lahir ABANG
berbahagialah selalu dalam rahmat Ilahi
di dunia dan di akhirat yang abadi..
Amin Ya Rabbalalamin….
Matahari terbit dan terbenam
Setiap hari berganti Minggu
Setiap pagi berganti malam
Hingga tak terasa, detik ini kau berulang tahun
Doa di pagi hari, untuk dirimu
Doa di siang hari untuk mimpi mu
Setiap doa yang dipanjatkan untuk kebaikan mu
Sebab hari ini istimewa, mengulang kau lahir ke dunia
Tetap rendah hati pada setiap orang
Tetap menjadi matahari yang terang benderang
Lalu berganti rembulan yang tak pernah redup
Memberi cahaya di gelapnya malam
SELAMAT HARI LAHIR ABANGKU!

Sunday, January 15, 2017
Salam 2017
Assalamualaikum semua. Wah lama sungguh adi tidak bersiaran, bukan sibuk pun tp buat-buat sibuk adalah. Inshallah tahun 2017 ini memberi semangat baru untuk terus menulis dan menghidupkan kembali blog ni. Moga dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung. Terima kasih semua. muahxxx
Sunday, October 16, 2016
PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN
1. Perancangan
Perancangan adalah menetapkan matlamat/objektif yang hendak dicapai/merangka strategi ke arah mencapai matlamat. Tanpa perancangan yang jelas sudah tentu seseorang pemimpin itu akan dilihat lemah dan tidak berupaya menjadi pemimpin.
2. Pengorganisasian
Penyusunan sumber-sumber organisasi dalam bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan agar matlamat atau objektif dan sasaran organisasi dapat dicapai/ menentukan cara mana matlamat tersebut akan dicapai dan menetapkan peranan dan tugas yang mesti dijalankan oleh setiap pekerja dan staf organisasi serta hubungannya antara satu dengan lain
3. Tenaga Kerja
Proses merancang, mengambil dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. umumnya aktiviti-aktiviti dalam sesebuah organisasi dijalankan oleh tenaga kerja yang berkebolehan dan berkeupayaan dalam mencapai matlamat atau objektif organisasi berkenaan
4. Kepimpinan
proses seseorang dalam mempegaruhi kegiatan manusia atau orang bawahan, mengikut cara tertentu ke arah pencapaian matlamat atau objektif organisasi. Seorang pemimpin yang berjaya perlu ada sikap adil, telus, amanah, berani dan sebagainya. tanpanya pasti pemimpin tersebut akan dilebelkan sebagai pemimpin yang lemah dan tidak berkeupayaan dalam kepimpinannya.
5. Kawalan
proses untuk memastikan kegiatan dan aktiviti yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi terarah kepada pencapaian matlamat atau objektif dan sasaran yang telah ditetapkan.

Monday, July 02, 2012
PUISI MODEN TEKS PERMATA SASTERA MELAYU STPM
PERTEMUAN DI HYDE
PARK
Adi Badiozaman
Tuah
Bila berdiri di
antara pepohon rimbun
di Hyde Park
aku teringat
sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya
ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang
pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan
kering dan dibakar
dan setelah
berkali-kali ditanam padi
menjadi huma
bukit milik keluarga.
Atas munggu itulah aku selalu berdiri
bersama ayah
sama ada ketika
padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki
langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja
santai antara panggilan emak
bila memerlukan air kopi
atau bila
kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan
barisan tanaman ladanya.
Bagaikan
membahaskan isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah
akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang
tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa
kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah
yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.
Di situlah ayah
sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah yang
mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaiannya
dan sekiranya
alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.
Sumber: Wajah
Kita: Kumpulan Karya Peruulis SarawaK, Dewan
Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 2004.
Sunday, July 01, 2012
LATAR BELAKANG DATU DR. ADI BADIOZAMAN TUAH
DATU Dr. Adi Badiozaman Tuah mendapat pendidikan rendah di Tatau, Sarawak. Kemudian beliau melanjutkan pendidikan menengah di Kolej Tun Datuk Tuanku Haji Bujang, Miri. Pada tahun 1973 beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda dari Unversiti Malaya dan Diploma Pendidikan dan Sarjana Pendidikan dalam bidang Perkembangan Kurikulum pada 1979 di universiti yang sama.
Beliau selanjutnya melanjutkan pengajian di United Kingdom dan mendapat ijazah Kedoktoran Pendidikan dari
Universiti Bristol, UK pada 1996 dalam bidang Pengurusan Pendidikan.
Sebelum
menjadi Pengarah Maktab Perguruan Batu Lintang, beliau pernah menjadi Ketua Pengarah
(Hal Ehwal Murid) di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Ketua
Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Penyeliaan Sekolah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum di Jabatan
Pelajaran Sarawak, Pegawai Pendidikan Bahagian Sri Aman. Pernah menjadi guru
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, pensyarah Bahasa dan Pengajian Melayu di
Maktab Perguruan Batu Lintang, Tutor Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya. Jawatan terakhir sebelum bersara pada Ogos 2007
ialah Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekarang beliau bertugas
sebagai Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak dan Ahli
Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka.
Antara buku yang dihasilkan ialah
Lagu Malam (1986) dan Puisi Buat Mama (1988). Selain itu, puisi-puisi beliau
termuat dalam antologi bersama seperti Sayang Sarawak (1984), Puisi-Puisi
Kenyalang 1 (1984), Nyanyian Wau (1987), Randau di Pulau (1987) dan Menganyam
Kedukaan (1997). Puisi beliau berjudul Salam Buat Cikgu memenangi Hadiah
Penghargaan Penulis Sarawak pada 1991. Beliau pernah menerima Hadiah Sastera
Kebangsaan Negeri Sarawak (1996) dan Hadiah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak
bagi genre Skrip Drama (1997). Puisi beliau yang berjudul Pertemuan di Hyde
Park memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2002/2003) kategori puisi
(karya eceran).
Monday, May 07, 2012
Seloka, Teromba & Mentera
i. Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.
ii. Perkataan sindiran, ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.
iii. Seloka selalunya mengandungi unsur-unsur jenaka atau gurau senda.
Teromba: Antara ciri-ciri teromba ialah:
i. Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam satu baris.
ii. Terdapat sisipan pelbagai puisi yang lain, seperti pantun, gurindam, peribahasa dalam seuntaian teromba.
iii. Ia memuatkan perkara-perkara yang berkait dengan undang-undang; adat istiadat yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat.
Mantera: Istilah lain untuk mentera ialah jampi, serapah, sembur, puja, cuca, seru, kemat dan sebagainya. Ia merupakan susunan puisi bebas yang dapat digolongkan ke dalam bahasa berirama, sedangkan isinya merujuk kepada hal-hal magis, perubatan dan perbomohan.
Subscribe to:
Posts (Atom)