Sunday, October 16, 2016

PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN

1. Perancangan
Perancangan adalah menetapkan matlamat/objektif yang hendak dicapai/merangka strategi ke arah mencapai matlamat. Tanpa perancangan yang jelas sudah tentu seseorang pemimpin itu akan dilihat lemah dan tidak berupaya menjadi pemimpin.

2. Pengorganisasian
Penyusunan sumber-sumber organisasi dalam bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan agar matlamat atau objektif dan sasaran organisasi dapat dicapai/ menentukan cara mana matlamat tersebut akan dicapai dan menetapkan peranan dan tugas yang mesti dijalankan oleh setiap pekerja dan staf organisasi serta hubungannya antara satu dengan lain

3. Tenaga Kerja
Proses merancang, mengambil dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. umumnya aktiviti-aktiviti dalam sesebuah organisasi dijalankan oleh tenaga kerja yang berkebolehan dan berkeupayaan dalam mencapai matlamat atau objektif organisasi berkenaan

4. Kepimpinan
proses seseorang dalam mempegaruhi kegiatan manusia atau orang bawahan, mengikut cara tertentu ke arah pencapaian matlamat atau objektif organisasi. Seorang pemimpin yang berjaya perlu ada sikap adil, telus, amanah, berani dan sebagainya. tanpanya pasti pemimpin tersebut akan dilebelkan sebagai pemimpin yang lemah dan tidak berkeupayaan dalam kepimpinannya.

5. Kawalan
proses untuk memastikan kegiatan dan aktiviti yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi terarah kepada pencapaian matlamat atau objektif dan sasaran yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

SMK KUALA BESUT

SMK BUKIT PAYONG