CONTOH SOALAN:
Pelbagai isu yang digunakan oleh kritikus-kritikus sastera tanah air.
(a) sebutkan 3 isu tersebut. (6 markah)
(b) huraikan 3 isu yang anda sebutkan itu beserta peranan isu tersebut dalam usaha mengembangkan sastera tanah air. (16 markah)
Contoh jawapan:
Soalan (a)
- isu konsep pertentangan fungsi seni
- isu idealisme formalistik
- isu kaitan sastera dengan masyarakat
Soalan (b)
Konsep pertentangan fungsi seni:
- Bermula tahun 50-an ketika ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan.
- Pertentangan konsep: seni untuk masyarakat dan seni untuk seni
- Asraf memperjuangkan seni untuk masyarakat
- Hamzah Hussain memperjuangkan seni untuk seni.
- Konsep seni untuk mamsyarakat merupakan karya-karya yang berlandaskan mamsyarakat memandangkan masyarakat pada masa itu hidup dalam kemiskinan dan tertindas.
- Karya-karya yang memperjuangkan masyarakat amat disanjung tinggi kerana kandungannya memperjuangkan cita-cita masyarakat.
- Hal ini ditentang oleh Hamzah Hussain, namun dikatakan beliau gagal dalam perjuangannya.
- Pelbagai kritikan berlaku antara kedua-dua belah pihak.
- isu itu memankan peranan penting kerana karya semakin bertambah dan dianggap bermutu pada zamannya.
- Kedua-dua pihak berusuaha untuk menghasilkan karya-karya terbaik untuk memperlihatkan konsep yang mereka pegang itu bersesuaian atau bertepatan cita-cita seni mereka.
Konsep idealisme formalistik
- Penubuhan Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya menjadikan kritikan lebih berdisiplin dan berilmu seperti Syed Huin, Ali Ahmad, Norzah, Hassan Ahmad dan Baha Zain.
- Kritikan jenis ini dimantapkan lagi dengan kemunculan Hashim Awang, Shahnon Ahmad, Yahya Ismail, Baha Zain yang mirip kritikan ala Barat.
- Kritikan lebih menitikberatkan keseimbangan antara persoalan estetik.
- Peranan penting kritikan yang membabitkan isu ini ialah kritikan yang dilakukan lebih mendalam jika dibandingkan kritikan zaman Aminuddin Baki pada tahun 40-an.
Kaitan Sastera Dengan Masyarakat:
- Ketika perjuangan ASAS 50.
- slogan Seni Untuk Masyarakat yang mementingkan masyarakat dalam karya.
- Contoh tulisan Asraf ialah: Mencari Pembaharuan Dalam Kesusasteraan Melayu.
- Kassim Ahmad mengkritik novel Ranjau Sepanjang Jalan, Sajak; Sungai Mekong dan Sajak: Meditasi
- RSJ- tidak menepati reliti hidup petani dan bernada pesimis, SM-tidak bermanfaat kepada masyarakat.
- Dengan adanya kritikan-kritikan seperti ini, pengarang akan lebih berhati-hati untuk menghasilkan karya-karya mereka
- Isu ini lebih menekankan realiti masyarakat dan sesuai untuk membentuk corak hidup masyarakat.
No comments:
Post a Comment