(a) Latar belakang Mana Sikana
Fakta 1: Dilahirkan pada 9 Oktober 1946 di Bagan Serai, Perak
Fakta 2: Bersekolah rendah di Sekolah Umum Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kemudian menyambung pelajarannya di Sekolah Izuddin Shah, Ipoh (1959 – 1967)
Fakta 3: Menuntut di Maktab Perguaruan bahasa, Kuala Lumpur (1967-1968). Menjadi guru di Johor Bharu selama lima tahun
Fakta 4: Kemudian menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (1974) - mendapat Ijazah Sarjana Muda Persuratan elas Pertama.
Fakta 5: Menyambung ijazah Sarjana pada tahun 1980 dan Doktor Falsafah pada 1990
Fakta 6: Pernah bertugas sebagai pensyarah dan Profesor Madya di Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakta 7: Kini bertugas sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.
Fakta 8: Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman Napiah.
(b) sumbangan beliau terhadap perkembangan kritikan sastera
Fakta 1: Menghasilkan buku-buku kritikan sastera
H/C : Buku-buku kritikan sastera yang ditulis oleh Mana Sikana menjadi rujukan pengkaji-pengkaji sastera untuk mendalami kejian mereka. Antara buku yang dihasilkan:
- Aliran Dalam Sastera Melayu (1983)
- Esei Dalam Kritikan Drama (1983)
- Kaedah Kajian Drama (1985)
- Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah (1986)
- Asas Menganalisa Sastera (1988)
- Di Sekitar Pemikiran Drama Moden (1989)
- Pendekatan Kesusasteraan Melayu Moden (1980)
- Tuah-Jebat Dalam Drama: Satu Kajian Intertekstualiti (1994)
- Teori Sastera Tekdealisme (1996)
- Teori dan Kritikan Sastera Moden (1998)
- Teori Sastera Kontemporari (2005)
- Teori dan Kritikan Sastera Malaysia dan Singapura (2005)
Fakta 2: Meneroka/ menyumbangkan pemikiran untuk menghasilkan pendekatan-pendekatan kritikan sastera yang baru.
H/C : Mana Sikana telah berjaya menambah pendekatan baharu dalam kritikan sastera di Malaysia melalui beberapa teori baharu yang diperkenalkan melalui kritikan-kritikan yang pernah dibuat. Antaranya termasuklah:
- Teori Intertekstualiti
- Kritikan sastera berunsur Islam : Teori Taabudiyyah
- Teori Satera Teksdealisme
Fakta 3: Menghasilkan banyak esei-esei kritikan di dalam majalah/ akhbar tempatan.
H/C : Mana Sikana banyak membuat kritikan melalui tulisan-tulisannya yang pernah tersiar dalam beberapa buah majalah tempatan, termasuk Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Jurnal Perisa (Utusan), Berita Harian/ Minggu, Utusan/Mingguan Malaysia dan majalah Dewan Bahasa . Antaranya:
a.. Mana Sikana (2008). Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden. Jurnal e-UTAMA, 1(Jilid 1, Bilangan 1,Januari-Jun 2008), 60-82.
b. Mana Sikana (2007). Disiplin Pengajian Budaya dan Transformasi ke Teori Sastera Budaya. Jurnal Aswara, 2(1/2007), 41-63.
c. Mana Sikana (2005). Pengajaran dan Pembinaan Bahasa dalam Konteks Pendidikan Drama. Jurnal Aktivis, 1(5), 116-138.
d. Mana Sikana (2003). Wacana Bahasa dalam Teori Sastera Pascamoden. Jurnal Bahasa, 3(4), 505-536.
b. Mana Sikana (2007). Disiplin Pengajian Budaya dan Transformasi ke Teori Sastera Budaya. Jurnal Aswara, 2(1/2007), 41-63.
c. Mana Sikana (2005). Pengajaran dan Pembinaan Bahasa dalam Konteks Pendidikan Drama. Jurnal Aktivis, 1(5), 116-138.
d. Mana Sikana (2003). Wacana Bahasa dalam Teori Sastera Pascamoden. Jurnal Bahasa, 3(4), 505-536.
e. Mana Sikana (2002). Semiotik: Kajian Bahasa dan Sastera. Jurnal Bahasa, 2(3), 325-341.
f. Mana Sikana (2002). Usman Awang: Shifting as Realist to Meta- historiographer. Malay Literature, 15(2), 37-57.
g. Mana Sikana (2002). The Strength of Zakaria Ariffin's Drama. Malay Literature, 15(1), 1-11.
h. Mana Sikana (2001). The Theory of Literature:Theory of Taabudiyyah. Malay Literature, 14(2), 54-75.
f. Mana Sikana (2002). Usman Awang: Shifting as Realist to Meta- historiographer. Malay Literature, 15(2), 37-57.
g. Mana Sikana (2002). The Strength of Zakaria Ariffin's Drama. Malay Literature, 15(1), 1-11.
h. Mana Sikana (2001). The Theory of Literature:Theory of Taabudiyyah. Malay Literature, 14(2), 54-75.
i Sastera Arab Parsi dan Hubungannya dengan Sastera Melayu
j. Novel Sampah Kesan sebuah Falsafah Dewan Sastera Mei 71
k. Teori New Historirisme dlam Dewan Sastera Ogos 1977
l. Historirisme Baru dlm Dewan Sastera Ogos 2001
m. Teori Bacaan Idealistik dlm. Majalah Penulis Mac 1994
Fakta 4: Membantu melahirkan ramai pengkritik
H/C : Sepanjang bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu UKM dan di Institut Pendidikan Nasional Universiti Singapura, Mana Sikana telah melahirkan ramai pelajarnya yang kini merupakan pengkritik sastera tanah air.
- antaranya termasuklah Dr. Mawar Shafie, Dr. Abdullah Che Ya, Dr. Halim Ali
Fakta 5: Menyebarkan ilmu kritikan melalu pembentangan kertas kerja
H/C Mana Sikana bergiat aktif dalam bidang kritikan dan kerap dipanggil
untuk membentangkan kertas kerja tentang kritikan sastera, sama ada dalam seminar-seminar di dalam dan di luar negara
- Antaranya
a. Teori Kritikan Sastera di Malaysia dlm Seminar Kritikan Sastera
anjuran DBP 2001
b Mana Sikana (2007). Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden.
Seminar Kesusasteraan Bandingan Antarabangsa 2007 Persatuan
Kesusasteraan Bandingan Malaysia.
c. Mana Sikana (2006). Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang
c. Mana Sikana (2006). Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang
daripada Perspektif Teori Teksdealisme. Pemikiran Sasterawan Negara
Usman Awang: Dewan Bahasa dan Pustaka.
d. Mana Sikana (2006). Teori Penulisan Teks Drama: Pemikiran dalam
d. Mana Sikana (2006). Teori Penulisan Teks Drama: Pemikiran dalam
Wacana Sejagat dan Kontekstual Budaya. Seminar Penulisan
Dramatik Akademi Seni Budaya dan
Warisan Kebangsaan.
e. Mana Sikana (2005). Keris Mas Sebagai Cerpenis Pandangan
e. Mana Sikana (2005). Keris Mas Sebagai Cerpenis Pandangan
Teksdealisme. Seminar Pemikiran Keris Mas dalam Kesusasteraan
f. Mana Sikana (2004). Juara Perspektif Teori Sastera Teksdealisme.
Pemikiran Sasterawan Negara S.Othman Kelantan DBP
g. Mana Sikana (2003). Pembentukan dan Pemantapan Teori Sastera
Mandiri. Teori Pemikiran Tamadun Melayu DBP
Fakta 6: Membuat banyak kajian tentang kritikan drama di Malaysia-
H/C : Mana Sikana telah berjaya menghasilkan beberapa kajian kritikan tentang pemikiran, perkembangan dan sumbangan drama dalam kesusasteraan Melayu.
- Antaranya termasuklah:
a. Pemikiran Drama Melayu Moden
b. Perkembangan dan Perubahan Dalam Drama Malaysia
c. Drama Tuah Jebat: Satu kajian Intertekstualiti
d. Drama Melayu Moden
e. Berkenalan Dengan Drama
Fakta 7: Banyak memberi sumbangan pemikiran dalam kritikan-kritikan sastera yang berunsur Islam.
H/C : Mana Sikana telah mencuba melakukan kritikan menggunakan kedah pendekatan Islam sekitar tahun 1980-an. Hasilnya beliau telah berjaya membina teori Sastera Taabudiyyah pada tahu 1998.
- Melalui kritikan berunsur Islam ini juga, Mana Sikana berjaya menghasilkan buku berjudul Kritikan Sastera: Kaedah dan Aplikasi, Sastera Islam di Malaysia dan Khazanah Islam: Falsafah dan Kesusasteraan
No comments:
Post a Comment