PENGENALAN
Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang
bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam
pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.
Sehingga
hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan
perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis
rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait
dan pantun tidak berkait.
Bilangan
baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk
utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam
kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang
popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.
Setiap
pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam
setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris
dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula
ialah maksud atau isi pantun.
Antara
ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya
mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat
dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat
berikut:
Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a
bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima,
pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku
kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata
sahaja.
Melalui
bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang
penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan
perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media
untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui
penyampaian yang berkias.
KANDUNGAN PANTUN MELAYU
Pembayang atau sampiranPembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Maksud atau isi
Maksud
atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap
pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak
disampaikan dalam pantun tersebut(tema).
Perkataan
Pantun
biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap
baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap
baris yang sama bilangannya.
Suku kata
Tiap-tiap
patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam
tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas
suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama
banyak.
Rima atau bunyi
Rima
ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap
baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap
rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan
rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang
terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
|
Sunday, May 06, 2012
PANTUN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment