Sunday, July 01, 2012

LATAR BELAKANG DATU DR. ADI BADIOZAMAN TUAH


DATU Dr. Adi Badiozaman Tuah mendapat pendidikan rendah di Tatau, Sarawak. Kemudian beliau melanjutkan pendidikan menengah di Kolej Tun Datuk Tuanku Haji Bujang, Miri. Pada tahun 1973 beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda dari Unversiti Malaya dan Diploma Pendidikan dan Sarjana Pendidikan dalam bidang Perkembangan Kurikulum pada 1979 di universiti yang sama. 
Beliau selanjutnya melanjutkan pengajian di United Kingdom dan mendapat ijazah Kedoktoran Pendidikan dari Universiti Bristol, UK pada 1996 dalam bidang Pengurusan Pendidikan. 

Sebelum menjadi Pengarah Maktab Perguruan Batu Lintang, beliau pernah menjadi Ketua Pengarah (Hal Ehwal Murid) di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Ketua Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyeliaan Sekolah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum di Jabatan Pelajaran Sarawak, Pegawai Pendidikan Bahagian Sri Aman. Pernah menjadi guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, pensyarah Bahasa dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Batu Lintang, Tutor Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Jawatan terakhir sebelum bersara pada Ogos 2007 ialah Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekarang beliau bertugas sebagai Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak dan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Antara buku yang dihasilkan ialah Lagu Malam (1986) dan Puisi Buat Mama (1988). Selain itu, puisi-puisi beliau termuat dalam antologi bersama seperti Sayang Sarawak (1984), Puisi-Puisi Kenyalang 1 (1984), Nyanyian Wau (1987), Randau di Pulau (1987) dan Menganyam Kedukaan (1997). Puisi beliau berjudul Salam Buat Cikgu memenangi Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak pada 1991. Beliau pernah menerima Hadiah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak (1996) dan Hadiah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak bagi genre Skrip Drama (1997). Puisi beliau yang berjudul Pertemuan di Hyde Park memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2002/2003) kategori puisi (karya eceran).

Monday, May 07, 2012

Seloka, Teromba & Mentera

Seloka: Harun Mat Piah (1989) dalam kajiannya menyimpulkan ciri-ciri sebuah seloka seperti yang berikut:
i. Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.
ii. Perkataan sindiran, ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.
iii. Seloka selalunya mengandungi unsur-unsur jenaka atau gurau senda.

Teromba: Antara ciri-ciri teromba ialah:
i. Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam satu baris.
ii. Terdapat sisipan pelbagai puisi yang lain, seperti pantun, gurindam, peribahasa dalam seuntaian teromba.
iii. Ia memuatkan perkara-perkara yang berkait dengan undang-undang; adat istiadat yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat.

Mantera: Istilah lain untuk mentera ialah jampi, serapah, sembur, puja, cuca, seru, kemat dan sebagainya. Ia merupakan susunan puisi bebas yang dapat digolongkan ke dalam bahasa berirama, sedangkan isinya merujuk kepada hal-hal magis, perubatan dan perbomohan.

Sunday, May 06, 2012

PANTUN




PENGENALAN
Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.
Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.  Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.
Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat.  Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat.  Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.
Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun.  Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.
Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:
Sebab pulut santan terasa,
        Sebab mulut badan binasa.
 
Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.
Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

KANDUNGAN PANTUN MELAYU
Pembayang atau sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
Maksud atau isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).
Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun.  Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.  Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a. 
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
 Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
 Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
 A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
  • mengandungi 4 kerat/baris
  • jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
  • jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
  • ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
  • bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
  • bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
  • maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
  • sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

Thursday, October 21, 2010

MANA SIKANA



(a)               Latar belakang Mana Sikana

Fakta 1:  Dilahirkan pada 9 Oktober 1946 di Bagan Serai, Perak 

Fakta 2:  Bersekolah rendah di Sekolah Umum Bukit Chandan, Kuala Kangsar.  Kemudian menyambung pelajarannya di Sekolah Izuddin Shah, Ipoh (1959 – 1967)

Fakta 3:  Menuntut di Maktab Perguaruan bahasa, Kuala Lumpur (1967-1968).   Menjadi guru di Johor Bharu selama lima tahun

Fakta 4:  Kemudian menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (1974)  - mendapat Ijazah Sarjana Muda Persuratan elas Pertama.

Fakta 5:  Menyambung ijazah Sarjana pada tahun 1980 dan Doktor Falsafah pada 1990

Fakta 6:  Pernah bertugas sebagai pensyarah dan Profesor Madya di Jabatan  Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia

Fakta 7:  Kini bertugas sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Fakta 8:  Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman Napiah.


(b)              sumbangan beliau terhadap perkembangan kritikan sastera  

            Fakta 1:         Menghasilkan buku-buku kritikan sastera
            H/C     :     Buku-buku kritikan sastera yang ditulis oleh Mana Sikana menjadi rujukan pengkaji-pengkaji sastera untuk mendalami kejian mereka. Antara buku yang dihasilkan:
                                    -  Aliran Dalam Sastera Melayu (1983)
                                    -  Esei Dalam Kritikan Drama (1983)
                                    -  Kaedah Kajian Drama (1985)
                                    -  Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah (1986)
                                    -  Asas Menganalisa Sastera (1988)
                                    -  Di Sekitar Pemikiran Drama Moden (1989)
                                    -  Pendekatan Kesusasteraan Melayu Moden (1980)
                                    -  Tuah-Jebat Dalam Drama: Satu Kajian Intertekstualiti (1994)
                                    -  Teori Sastera Tekdealisme (1996)
                                    -  Teori dan Kritikan Sastera Moden (1998)
                                    -  Teori Sastera Kontemporari (2005)
                                    -  Teori dan Kritikan Sastera Malaysia dan Singapura (2005)

 Fakta 2:        Meneroka/ menyumbangkan pemikiran untuk menghasilkan  pendekatan-pendekatan kritikan sastera yang baru. 
H/C      :          Mana Sikana telah berjaya menambah pendekatan baharu dalam kritikan  sastera di Malaysia melalui beberapa teori baharu yang diperkenalkan melalui kritikan-kritikan yang pernah dibuat. Antaranya termasuklah:
-          Teori Intertekstualiti
-          Kritikan sastera berunsur Islam : Teori Taabudiyyah
-          Teori Satera Teksdealisme

Fakta 3:         Menghasilkan banyak esei-esei kritikan di dalam majalah/ akhbar tempatan.
H/C     :           Mana Sikana banyak membuat kritikan melalui tulisan-tulisannya yang pernah tersiar dalam beberapa buah majalah tempatan, termasuk Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Jurnal Perisa (Utusan), Berita   Harian/ Minggu, Utusan/Mingguan Malaysia dan majalah Dewan Bahasa .  Antaranya:
                        a..        Mana Sikana (2008). Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden. Jurnal e-UTAMA, 1(Jilid 1, Bilangan 1,Januari-Jun 2008), 60-82.
                        b.         Mana Sikana (2007). Disiplin Pengajian Budaya dan Transformasi                                                            ke Teori Sastera Budaya. Jurnal Aswara, 2(1/2007), 41-63.
                        c.         Mana Sikana (2005). Pengajaran dan Pembinaan Bahasa dalam                                                  Konteks Pendidikan Drama.
Jurnal Aktivis, 1(5), 116-138.
                       
d.         Mana Sikana (2003). Wacana Bahasa dalam Teori Sastera                                                              Pascamoden. Jurnal Bahasa, 3(4), 505-536.
                        e.         Mana Sikana (2002). Semiotik: Kajian Bahasa dan Sastera. Jurnal                                                             Bahasa, 2(3), 325-341.
                        f.          Mana Sikana (2002).
Usman Awang: Shifting as Realist to Meta-                                                   historiographer. Malay Literature, 15(2), 37-57.
                        g.         Mana Sikana (2002). The Strength of Zakaria Ariffin's Drama.                                                          Malay Literature, 15(1), 1-11.
                        h.         Mana Sikana (2001).
The Theory of Literature:Theory of                                                                    Taabudiyyah. Malay Literature, 14(2), 54-75.
                        i           Sastera Arab Parsi dan Hubungannya dengan Sastera Melayu
                        j.          Novel Sampah Kesan sebuah Falsafah Dewan Sastera Mei 71
                        k.         Teori New Historirisme dlam Dewan Sastera Ogos 1977
                        l.          Historirisme Baru dlm Dewan Sastera Ogos 2001
                        m.        Teori Bacaan Idealistik dlm. Majalah Penulis Mac 1994

Fakta 4:         Membantu melahirkan ramai pengkritik
H/C     :           Sepanjang bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu                                        UKM dan di Institut Pendidikan Nasional Universiti Singapura,  Mana                                            Sikana telah melahirkan ramai pelajarnya yang kini merupakan pengkritik                                     sastera tanah air.
-  antaranya termasuklah Dr. Mawar Shafie, Dr. Abdullah Che Ya, Dr. Halim Ali

Fakta 5:         Menyebarkan ilmu kritikan melalu pembentangan kertas kerja
H/C                 Mana Sikana bergiat aktif dalam bidang kritikan dan kerap dipanggil
untuk membentangkan kertas kerja tentang kritikan sastera, sama ada dalam seminar-seminar di dalam dan di luar negara
-  Antaranya
a.  Teori Kritikan Sastera di Malaysia dlm Seminar Kritikan Sastera   
     anjuran DBP 2001
b   Mana Sikana (2007). Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden.                    
     Seminar Kesusasteraan Bandingan Antarabangsa 2007 Persatuan  
     Kesusasteraan Bandingan Malaysia.
c.  Mana Sikana (2006). Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang             
     daripada Perspektif Teori Teksdealisme. Pemikiran Sasterawan Negara
     Usman Awang: Dewan Bahasa dan  Pustaka.
d.   Mana Sikana (2006). Teori Penulisan Teks Drama: Pemikiran dalam
      Wacana Sejagat dan Kontekstual Budaya. Seminar Penulisan
      Dramatik Akademi Seni Budaya dan
      Warisan Kebangsaan.
e.   Mana Sikana (2005). Keris Mas Sebagai Cerpenis Pandangan
      Teksdealisme. Seminar Pemikiran Keris Mas dalam Kesusasteraan
f.   Mana Sikana (2004). Juara Perspektif Teori Sastera Teksdealisme.
     Pemikiran Sasterawan Negara S.Othman Kelantan DBP
g.  Mana Sikana (2003). Pembentukan dan Pemantapan Teori Sastera
     Mandiri. Teori Pemikiran Tamadun Melayu DBP

Fakta 6:         Membuat banyak kajian tentang kritikan drama di Malaysia-
H/C     :           Mana Sikana telah berjaya menghasilkan beberapa kajian kritikan                                                             tentang pemikiran, perkembangan dan sumbangan drama dalam                                                  kesusasteraan Melayu.
                        -  Antaranya termasuklah:
a.  Pemikiran Drama Melayu Moden
b.  Perkembangan dan Perubahan Dalam Drama Malaysia
c.  Drama Tuah Jebat: Satu kajian Intertekstualiti
d.  Drama Melayu Moden
e.  Berkenalan Dengan Drama

Fakta 7:         Banyak memberi sumbangan pemikiran dalam kritikan-kritikan sastera                                        yang berunsur Islam.
H/C     :           Mana Sikana telah mencuba melakukan kritikan menggunakan                                                     kedah pendekatan Islam sekitar tahun 1980-an.  Hasilnya beliau telah                                          berjaya membina teori Sastera Taabudiyyah pada tahu 1998.
                        -   Melalui kritikan berunsur Islam ini juga, Mana Sikana berjaya                                                         menghasilkan buku berjudul Kritikan Sastera: Kaedah dan Aplikasi,                                                  Sastera Islam di Malaysia dan Khazanah Islam: Falsafah dan                                                      Kesusasteraan

SUMBANGAN PENULIS GURU

Fakta 1: Sumbangan dalam bidang penulisan novel

H/C : Penubuhan SITC pada tahun 1922 telah berjaya membantu meningkatkan perkembangan dunia sastera di Tanah Melayu ketika itu. Kemunculan beberapa penulis besar daripada kalangan guru seperti Harun Muhamad Amin, Ahmad Bakhtiar dan Abdullah Sidek telah merancakkan lagi penghasilan novel-novel Melayu dalam zaman sebelum perang ini.

Harun Muhammad Amin( Harun Aminurrashid)

a. Melur Kuala Lumpur (1930)

b. Dewa Lombong Minyak (1947)

c. Darah Kedayan (1947)

d. Cinta gadis Rimba (1948)

e. Korban Kinabalu (1948)

f. Dayangku Fatimah (1948)

g. Sebelum Ajal (1949)

h. Jong Batu (1949)

i. Siapakah Yang Bersalah (1949)

Abdullah Sidek

a. Bercinta Yang Tidak Berfaedah (1932)

b. Siapakah pembunuhnya (1934)

c. Pencuri yang Licin (1937)

d. Duri Perkahwinan (1938)

e. Iblis Rumah tangga (1939)

f. Gelombang Hidup (1940)

g. Semangat Yang Tercuri (1940)

h. Mari Kita Berjuang (1941)

i. Gadis Hulu Muar (1941)

j. Berjanji Di Kereta api (1942)

Ahmad Bakhtiar

a. Keris Melaka (1939)

b. Korban Kasih Melaka (1939)

c. Cantik Melaka (1940)

d. Darah Melaka (1940)

e. Perwira bentan (1941)

f. Tun Jemala (1941)

Ahmad Murad Nasaruddin

a. Nasib Mertua (1937)

b. Tiga Belas Jun (1938)

c. Kisman Sarjan Gelap (1939)

d. Mata-mata Hutan Simpanan (1941)

e. Nyawa Di hujung Pedang (1946)

Ahmad Kotot

a. Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan (1927)

b. Sejarah Tanjung Besar (1936)

Muhamammad Yasin Makmur

a. Suka dan Duka (1933)

Muhamad Rahawi Yusof

a. Melati Sarawak (1931)

Fakta 2: Sumbangan dalam bidang penulisan cerpen

H/C : Beberapa orang pengarang cerpen dripada kalangan lepasan SITC telah cergas dalam bidang ini di sekitar tahun 1930-an. Kebanyakan karya penulis ini tersiar dalam Majalah Guru. Antara mereka termasuklah

- Harun Aminurrashid,

a. Tiada Cintakah

b. Keluar Dari penjara

- Muhammad Yasin Makmur (Pungguk),

a. Tanggungan Muda

- Kasmani Haji Arif,

a. Orang Buangan

b. Hati Muda

- Muhamad Yusof Arshad,

a. Suami yang Ikhlas

- Melati Serawak,

a. Siapa pekak Siapa Buta

b. Siapa Salah

- Mahmud Ahmad, Abdullah Yahya, Yusof Adil, Abdullah Sidek dan Ibrahim Haji Yaakub.

Fakta 3: Sumbangan dalam bidang penulisan Sajak

H/C : Sejarah penulisan puisi sudah bermula sejak tahun 1930-an lagi. Dipercayai kemunculan puisi pada ketika ini diterokai oleh penulis golongan guru yang di ketuai oleh Muhammad Yasin Makmur bersama rakan- rakannya Kasmani Haji Ariff, Ngumba dan Mohd Yusof Arshad. Kebanyakan karya mereka tersiar dalam Majalah Guru. Ada sebanyak 77 buah sajak telah tersiar dalam Majalah Guru sekitar tahun 1933-1941

- Pungguk (Muhammad Yasin Makmur) merupakan pelopor puisi moden tahun 1930-an dengan sajaknya ’Di Tengah Segara’ (Majalah Guru Disember 1933), Pujukan Hati (Majalah Guru 1934) : Dalam Majalah Guru 1934 – 1938 tersiar 9 buah sajak, antaranya ’Keluh Kesah’, ’Bujukan Hati’, ’Ibuku’, ’Selalu Merayu’, ’Tak di sangka-sangka’, ’Adindaku Sayang’, ’Oh Tuhan’

- Atma Jiwa (Harun Aminurrashid) menulis sajak ’Sariku’ (Majalah Pujangga Baru Disember 1933).

- Ngumba (Embung Yahya) dengan sajaknya ’Rayuan Tanah Air’ (Majalah Guru 1934)

- Muhammad Yusof Awang (Cintati) dengan sajak ’Darah Muda’ 1934

- Mahmud Ahmad dalam Antologi Sajak Tujuh Cerpen Kenangan (1963)

- Kasmani Haji Arif : puisi-puisinya terkumpul dalam Antologi Puisi Embun Pagi (DBP) dan Puisi Melayu Baru Zaman permulaan (DBP)

- Yusof Arshad sajak ’Oh Perawan’ (Majalah Guru Februari 1934)

- Yusof Harun, Kumpulan Sajak ’Ratapan Jiwa’ 1946

Fakta 4: Sumbangan dalam bidang kritikan sastera

H/C Tradisi kritikan di Tanah Melayu sebenarnya sudah bermula sejak awal 1930-an lagi dengan dipelopori oleh Muhammad Yassin Makmur yang menggunakan nama penanya Keris Melayu. Tulisan tersebut telah tersiar dalam Majalah Guru. Kemudian dunia kritikan mula berkembang dengan lebih banyak penulis guru mengambil bahagian menulis bidang kritikan ini.

- Keris Melayu : ’Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi’ Majalah Guru 1 Julai 1935

- Muhammad Yusof Ahmad: ’Kita Dengan Abdullah Munsyi’Majalah Guru 1935.

- Ngumba : ’Shamsuddin Salleh dengan Kolej Tanjung Malim’

- Umang-Umang Tangkak: ’Kolej Tanjung Malim Jadi Perbualan’ Warta Ahad 9 Jun 1940

- Lebai Ketayap: ’Cermin Pergaulan Hidup Shamsuddin Salleh’ Warta Ahad 23 Jun 1940

Fakta 5: Sumbangan dalam bidang penulisan/ kegiatan drama

H/C Bidang drama kurang mendapat tempat dalam kalangan penulis guru. Namun beberapa orang penulis telah bergiat dalam bidang ini. Sekitar tahun 1922, SITC telah membantu mengembangkan dunia bangsawan dengan berlangsungnya beberapa pementasan drama oleh penuntut- penuntut kolej ini. Kegiatan penulisan pernah dilakukan oleh Ahmad Murad Nasaruddin dengan naskah drama ’Anak Derhaka’ terbitan Pejabat Karang Mengarang 1952.

Wednesday, November 25, 2009

SOALAN RAMALAN 2009

Pasti ramai pelajar yang sedang mencari tajuk-tajuk ramalan, yang boleh dijadikan panduan untuk menghadapi kertas 2 yang akan berlangsung pada minggu depan. Tips yang boleh diberikan ialah dengan memberi penekanan yang lebih pada tajuk-tajuk yang belum lagi disoal. Tapi harus juga diingatkan, tajuk-tajuk lain juga perlu diberi perhatian yang seadanya. Selain itu juga, para pelajar perlu merujuk sukatan pelajaran untuk memastikan keseluruhan aspek telah dipelajari.

Setelah dibuat analisis, berikut adalah tajuk yang belum lagi disoal sejak tahun 2004

BAHAGIAN A

KRITIKAN SASTERA

-ciri-ciri kritikan (pendekatan, penganalisisan & penilaian)

-pendekatan formalistik
-pendekatan estetika

- isu-isu kritikan (terdapat 5 isu)

........yg lain akan dikemukakan kemudian (perlu ke...)


Wednesday, September 02, 2009

PERUNCINGAN TAJUK PEPERIKSAAN STPM 2009

Zaman Sebelum Perang dan selepas Perang
-Sajak, Cerpen dan Novel


Kuntum Perdamaian

Ke Ruang Kartasis

SMK KUALA BESUT

SMK BUKIT PAYONG